Perbezaan Takaful & Insurans Konvensional

Monday, August 23, 2010

Salam Semua
Hari ini, Sistem kewangan Islam menjadi rujukan hampir semua institusi kewangan sama ada di negara ini mahu pun di seluruh dunia. Sistem kewangan Islam lebih ADIL, menekankan kepentingan ahli-ahlinya, lebih telus dan tidak mengelirukan. Salah satu komponen sistem kewangan Islam ialah insurans atau TAKAFUL.

Dibawah ini saya sertakan ringkasan perbezaan antara
TAKAFUL & Insurans Konvensional sebagai rujukan kita semua.

TAKAFUL
1. Mematuhi
hukum syarak
2. Kontrak urusniaga adalah berdasarkan
akad tabarru’ (menderma), mudharabah (perkongsian) dan wakalah (mewakilkan)
3.
Pengendali takaful merupakan pengurus tabung dan tidak memberi jaminan kepada peserta
4.
Peserta menjamin antara satu sama lain melalui semangat kerjasama dan tabarru’
5. Bebas daripada
riba’ (faedah), gharar (ketidakpastian) dan maisir (judi)
6. Adanya
Majlis Pengawasan Syariah
7. Keuntungan akan dikongsi bersama diantara pengendali takaful dan peserta berdasarkan
Mudharabah (Perkongsian) atau Yuran Prestasi Pelaburan

INSURANS KONVENSIONAL
1.
TIDAK mematuhi hukum syarak
2. Kontrak urusniaga adalah berdasarkan
akad jual beli
3.
Syarikat insurans merupakan pemilik tabung dan menjadi penjamin kepada peserta
4. Syarikat menjamin peserta berdasarkan kepada
faktor-faktor komersial
5. Banyak unsur-unsur
riba (faedah), gharar (ketidakpastian) dan maisir (judi)
6.
Tiada Majlis Pengawasan Syariah
7. Keuntungan diagih mengikut
keputusan syarikat