Apa Itu TAKAFUL

Tuesday, August 24, 2010

Apa Itu TAKAFUL?

TAKAFUL atau nama lainnya takafala bermaksud saling menjaga, saling memelihara dan saling menjamin. Akta TAKAFUL 1984 mendefinisikan takaful itu sebagai satu pelan kewangan yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan khasnya dalam bentuk kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan, yang mana setiap peserta bersetuju untuk memberi sumbangan bagi tujuan tersebut. Walaubagaimanapun sumbangan daripada setiap peserta berbeza bergantung kepada risiko yang dibawa oleh peserta tersebut.

TAKAFUL juga

· Salah satu pelan perlindungan/konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam, berlandaskan Hukum Syariah yang telah ditetapkan

· Tujuan yang sama seperti insurans konvensional. Perbezaan berbanding insurans konvensional adalah dari segi pelaburan dan konsep penjaminan.

· Mula dipraktikkan sejak lebih 1400 tahun dahulu dikalangan pedagang-pedagang Arab sebelum kedatangan Islam lagi. Kedatangan Islam telah menambah baik sistem sedia ada.

· Di Malaysia, AKTA TAKAFUL diluluskan oleh parlimen pada tahun 1984 sebagai perundangan utama dalam penyelenggaraan operasi pengendali takaful .

Ps: Tahukah anda, kebanyankan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam masih lagi KELIRU antara Takaful dan Konvensional Insurans. Mereka masih cenderung memilih Konvensional Insurans berbanding Takaful kerana KEPERCAYAAN mereka pada syarikat-syarikat Konvensional Insurans yang sedia maklum terkenal di seluruh dunia.