Salam semua
Post pertama saya dalam blog ini sempena bulan ramadhan adalah KEBAIKAN MEROKOK. Isk macam pelik je kan tajuk post ni, tapi itulah hakikatnya. KEBAIKAN MEROKOK seingat saya tak banyak. Saya boleh ingat satu sahaja `Mereka yang Merokok Ibarat Melabur Dalam Kesihatan Mereka Sendiri’. Saya kagum dengan perokok sebab mereka semua ini SANGAT BERANI. Mereka membeli unit saham dgn harga yang tinggi, tapi faedah saham tersebut tak naik-naik. Malah setiap hari mereka beli, mereka terus rugi. Mari kita lihat sedikit kira-kira yang menunjukkan perokok memang golongan yang suka melabur:
1 Kotak Rokok 20 Btg Berjenama = RM 10.00 (Saya bundarkan sebab senang kira)
1 hari 1 kotak rokok 20 Btg = RM 10.00
30 hari X RM 10.00 = RM 300.00 (perbelanjaan sebulan)
12 Bulan X RM 300.00 = RM 3600.00 (perbelanjaan setahun sama macam BONUS sebulan gaji)
Katakan Si Perokok mula buat pelaburan pada umur 18 tahun dan umur dia jejak 60 tahun,
60 -18 + 1 = 43 (kena tambah 1 sebab dia mula melabur pd 18 bkn 19 tapi tatau jika dia boleh hidup sampai umur 60 ke tidak)
Jumlah pelaburan : RM 3600 X 43 = RM 154800.00 ( Wow! Boleh beli BMW beb)
Semua nilai diatas TIDAK termasuk harga rokok yang memang akan naik setiap tahun (Unit Saham mahal ni macam Emas, harga takkan turun!) Pulangan kepada pelaburan, anda kena saksikan sendiri video yang saya sertakan diFacebook post hari Isnin 23 Ogos 2010 bertajuk `Do You Smoke? Watch This’. Terima Kasih untuk rakan-rakan dari Facebook !
Itu baru pulangan untuk 20 Kotak (400 batang rokok), dah dapat Emas Hitam macam itu. Belum lagi ikut kira-kira diatas. Cuba jika perokok menggunakan nilai yang sama seperti diatas tetapi bukan untuk pelaburan berasap ( dah tentu dia bukan perokok kan ahaks!) tetapi mengikut cara yang boleh saya syorkan, insyaAllah pada umur 60tahun dia sudah ada simpanan sekitar RM350000.00 (Banyak tu!) Perlindungan seumur hidup paling kurang RM 200000.00 (Siapa nak bagi?). Jumlah semua aset yang dia mampu miliki pada masa tu bernilai RM550000.00 (Setengah Juta beb, ni tak termasuk rumah,ladang kebun, kereta dll).
Jadi kengkawan, fikir-fikirkan lah tentang KEBAIKAN MEROKOK yang saya kongsi disini. Ingat HARGA ROKOK Takkan Turun Tapi HARGA KESIHATAN akan Merosot.