SEKADAR RENUNGAN

Tuesday, September 7, 2010

NASIB ORANG YANG BERHUTANG

Saya ingin berkongsi cerita tentang hutang yang ditinggalkan oleh salah seorang sahabat nabi. Artikel ini saya perolehi daripada akhbar, sekadar renungan buat kita yang masih hidup.
Abu Said berkata, “ Telah dibawa kepada Rasulullah SAW jenazah untuk disembahyangkan lalu Nabi bertanya: Apakah jenazah ini masih menanggung hutang? Sahabat Nabi menjawab: Ya. Nabi bertanya: Apakah ia ada meninggalkan harta untuk membayarnya? Jawab sahabat: Tidak ya Rasulullah. Nabi kemudian bersabda: Sembahyanglah kamu kepada kawanmu itu. Nabi sendiri tidak ikut menyembahyangkan jenazah itu.

Kemudian Ali bin Talib berkata: Biarlah saya yang membayar hutangnya. Sesudah itu, Nabi segera maju menyembahyangkan, lalu Baginda berkata kepada Ali: Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) dari api neraka, seperti mana kamu membebaskan tanggungan saudara muslim, Allah akan membebaskan tanggungannya (dirinya) dari api neraka pada hari kiamat kelak

Sabda Rasulullah SAW:

‘ Jiwa orang mukmin tergantung dengan hutangnya iaitu tidak dihukum kepadanya selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya’