Biar Kami Bantu Anda Dengan SMARTMEDIC 100

Tuesday, September 7, 2010

Salam semua
Pelanggan selalu bertanya mengapa mereka perlu kad perubatan? Lazimnya saya akan bertanya balik, adakah encik/puan DAPAT TAHU bila encik/puan ditimpa masalah kesihatan yang memerlukan mereka dirawat dihospital? Ya kita takkan tahu bila dan bagaimana kita boleh hadapi masalah kesihatan yang tanpa sedar mungkin membahayakan nyawa kita sendiri. Oleh itu, saya bertanggungjawab untuk memastikan yang ANDA akan DIBANTU untuk menghadapi sebarang KEBARANGKALIAN/MUSIBAH seperti itu.

KENAPA SMARTMEDIC 100?


• KEMASUKAN HOSPITAL DIPERMUDAHKAN DAN DIJAMIN
Anda tak perlu risau dengan segala amaun/kos perubatan, tak perlu keluar wang simpanan anda untuk bayaran perubatan/pembedahan selagi ia tidak melebihi had yang telah ditetapkan dibawah pelan yang anda pilih.

• BANTUAN KEMASUKAN KE HOSPITAL 24 JAM SEHARI 365 HARI SETAHUN
Tak kira siang atau malam, hujung minggu atau hari biasa, kami tiada alasan untuk tidak membantu anda disaat anda memerlukan pertolongan kerna itu janji kami !

• FAEDAH PERUBATAN YANG TINGGI DAN MENYELURUH
Bil perubatan anda, kami akan tanggung secara keseluruhan seperti dicaj oleh pihak hospital tertakluk kepada had tahunan maksima mengikut pelan perubatan yang anda pilih. Sila rujuk jadual manfaat hospital dilampirkan dibawah.

• BAYARAN BIL TERUS KE PANEL HOSPITAL
Anda tak perlu risau tentang bil hospital anda. Kami akan uruskan segala bil terus kepada hospital panel yang anda daftarkan. Andai anda pergi bukan ke panel hospital kami, jangan risau. Anda boleh buat tuntuan semula keatas bil-bil anda.

• PEMBAHARUAN TERJAMIN SEHINGGA UMUR 80 TAHUN
Selagi polisi insurans anda berbayar, kami akan menanggung kos hospital anda setiap tahun, selagi had seumur hidup tidak habis atau berumur 80 tahun, yang mana lebih awal, tertakluk kepada syarat-syarat jaminan insurans.

• TIDAK ADA PEMBAYARAN BERSAMA (CO PAYMENT)
Ya, kad perubatan kami tiada co payment (pembayaran bersama) !

• PILIHAN 93 HOSPITAL PANEL SELURUH MALAYSIA
Tak kira dimana anda berada, hospital panel kami bersedia menerima anda. Sehingga kini terdapat 93 buah hospital panel kami diseluruh malaysia (82 di Semenanjung dan 11 di Sarawak & Sabah) dan bilangan ini akan kami kemaskini selalu untuk rujukan anda.

• RAWATAN PESAKIT LUAR UNTUK KANSER & BUAH PINGGANG
Bagi pesakit yang menghidap penyakit kanser atau kerosakan buah pinggang, mereka perlukan rawatan yang susulan dari masa ke semasa (contoh kemoterapi bagi kanser dan dialysis bagi buah pinggang). Dengan kad perubatan kami, kos rawatan susulan untuk pesakit kanser dan buah pinggang akan dibiayai mengikut had pelan yang anda pilih.

• KHAIRAT KEMATIAN RM 5000
Kami menyediakan tabung khairat kematian sebanyak RM 5000 untuk setiap pemegang kad perubatan kami.Ini adalah sumbangan terakhir yang kami mampu berikan kepada pemegang kad sebagai tanda penghargaan atas kepercayaan mereka terhadap produk kami.

• PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN
Caruman tahunan yang dibayar untuk SmartMedic 100 akan layak untuk pelepasan cukai maksimum sehingga RM 3000, tertakluk kepada keputusan muktamad dari Lembaga Hasil Dalam Negeri

• PERKONGSIAN LEBIHAN
Lebihan pada akhir tahun (jika ada) akan dikongsi diantara peserta dan MAA Takaful mengikut nisbah 50:50. Tiada lebihan akan dibayar jikalau peserta menyerahkan sijil kembali kepada MAA Takaful atau sijil dimansuhkan disebabkan oleh tuntutan yang dibuat.

JADUAL FAEDAH

JADUAL CARUMAN


Anda tak faham? Ok mari saya bagi contoh. Katakan anda berumur 27 tahun, rujuk JADUAL CARUMAN dan pilih lingkungan umur anda iaitu 22-29. Seterusnya rujuk ruang kanan jadual tersebut dan pilih jantina serta pelan perubatan yang anda mahukan. Untuk pelan perubatan, sila rujuk pada JADUAL FAEDAH. Mudah bukan? Nilai didalam JADUAL CARUMAN ialah CARUMAN TAHUNAN. Sekiranya anda ingin tahu bayaran bulanan bagi setiap pelan, anda cuma perlu membahagikan nilai tersebut dengan 12.
Contoh :
Anda perempuan berumur 27 memilih pelan 4, nilai pada jadual RM 1166. Caruman bulanan anda ialah RM 97.17 !!

KENAPA CARUMAN TAHUNAN TIDAK SAMA MENGIKUT UMUR/JANTINA?

Setiap umur membawa risiko tersendiri. Kanak-kanak lebih terdedah kepada penyakit daripada remaja dan orang dewasa. Semakin umur meningkat, semakin mudah kita terdedah kepada penyakit atau kemalangan. Begitu juga dengan perbezaan jantina. Saintifiknya kajian telah membuktikan kecenderungan wanita untuk terdedah kepada penyakit adalah lebih tinggi berbanding lelaki. Ini mungkin disebabkan faktor persekitaran,pemakanan, aktiviti sosial dan lain-lain lagi. Kerna semua itu, caruman tahunan kad perubatan kami tidak sama, bergantung pada umur dan jantina.

KELAYAKAN

Sesiapa sahaja yang berumur di antara 30 hari sehingga 59 tahun yang mempunyai kadar kesihatan yang baik.

PENGECUALIAN

Sebarang kecederaan/kesakitan berpunca daripada perkara-perkara seperti berikut;
• Penyakit sedia ada
• Penyakit tertentu yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan yang berterusan
• Sesiapa sahaja yang menetap di luar Negara lebih daripada 90 hari berturut-turut, yang mana sijil masih lagi aktif
• Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan.
Kecederaan diri-sendiri dan perbuatan yang menyalahi undang-undang
Peperangan, mogok dan rusuhan
• Sebarang operasi kegiatan ketenteraan atau bersenjata
Kehamilan, Keguguran kandungan atau kelahiran anak
Gangguan mental atau saraf
Penyalahgunaan alkohol dan dadah atau yang berkaitan dengannya.
Pembedahan kosmetik, elektif atau plastic, ataupun keabnormalan atau kecacatan kongenital
Rawatan pergigian KECUALI diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan
Pemeriksaan rutin kesihatan dan apa-apa pemeriksaan yang tak melibatkan kemasukan ke hospital
Rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan
Pembelanjaan perubatan yang ditanggung oleh mana-mana badan/organisasi atau program perubatan dari mana-mana syarikat insurans dan Takaful.
Penjagaan peribadi, rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, kemabukan, pensterilan, penyakit venereal dan sekuelnya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang

Nota: PENGECUALIAN DIATAS TIDAK MENYELURUH DAN SEGALA BENTUK RUJUKAN HENDAKLAH DIRUJUK KEPADA KLAUSA PENGECUALIAN DALAM SIJIL KONTRAK.

SAYA BERMINAT, APA YANG PERLU SAYA BUAT?

Mudah sahaja. Anda Klik PERLUKAN KAMI? Yang berada diatas menu bar laman ini. Isi dan penuhkan ruangan berkaitan, seterusnya kami akan menghubungi anda. Mudah bukan? Oh ya, sila pastikan maklumat yang diberikan adalah BENAR. Janji kami, maklumat yang anda berikan adalah KEPERCAYAAN anda kepada kami, jadi kami tidak akan MENYEBARKAN maklumat tersebut untuk tujuan-tujuan komersil.