DANA PELABURAN yang disediakan pada semua produk MAA TAKAFUL terbahagi kepada 3 iaitu
• DANA PERTUMBUHAN (GROWTH FUND)
Pelaburan dalam dana ini memberi pulangan yang tinggi disamping toleransi risiko yang tinggi.
• DANA SEIMBANG (BALANCE FUND)
Pelaburan dalam dana ini memberi pulangan yang seimbang setara dengan toleransi risiko yang dibawanya .
• DANA PENDAPATAN (INCOME FUND)
Pelaburan dalam dana ini memberi pulangan yang rendah setara dengan toleransi risiko rendah yang dibawanya.
Pemilihan dana-dana diatas oleh peserta lazimnya dengan nasihat perunding kewangan anda. Contoh paling mudah ialah sekiranya anda memiliki dan ingin melabur RM 500000 didalam Takafulink Single Invest tetapi anda rasa was-was terhadap pulangan yang bakal diterima, adalah lebih baik anda membuat pecahan 70:30 untuk INCOME FUND & BALANCE FUND. Mungkin selepas tempoh masa tertentu, bila mana anda dapat lihat sendiri pulangan yang anda terima, anda boleh menukar pilihan dana yang tersedia ada kepada yang baru contohnya 50:50 untuk GROWTH FUND & BALANCE FUND. Kami memberikan ANDA PERTUKARAN DANA PERCUMA sekali setiap tahun dengan pertukaran kedua dan seterusnya dalam tahun yang sama akan dikenakan yuran yang kecil sahaja nilainya. Dibawah adalah ringkasan pembahagian asset dalam setiap dana.
Anda tidak perlu risau dengan pelaburan anda bersama kami kerna setiap pelaburan anda dalam produk kami diuruskan oleh PENGURUS DANA yang diiktiraf dan professional iaitu
Sila lawati laman CIMB PRINCIPAL disebelah kiri laman ini dibawah PAUTAN SAYA untuk mengetahui tentang CIMB PRINCIPAL dan anugerah-anugerah yang telah mereka raih dalam industry pelaburan ini.
3 Dana Pelaburan Pilihan Anda
Tuesday, August 31, 2010
Labels:
Dana Pelaburan MAA Takaful
Posted by
mr a-man
at
11:01 PM